Mutiara Hadith..

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.."



:: Istilah-Istilah Hadith ::


Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:


1. Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.


2. Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya.


Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mahu apa yang ia mahu berkata."


3. Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.


4. Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.


5. Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad.


6. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.


7. Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.


8. Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.


9. Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.


10. Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya.


11. Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.


0 comments:

Post a Comment

:: Laman Utama ::

::Detik Waktu::

:: Hiwar ::


ShoutMix chat widget
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda;" Melihatlah kepada orang yang lebihrendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim -
Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya;"Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraanseseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim -
 Berita Harian
 Utusan Online
 Harian Metro
 Harakah Daily
 Malaysia Kini
Al-Jazeera
 New Straits Times Online
 The Star Online

Followers