Mutiara Hadith..

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.."




:: Bahagian Hadith ::


1. Hadith Hasan Sahih


Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini (Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan Sahih" ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna hadith itu mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih.


Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan pula sahih padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang lain. Ini jika pada hadith itu ada sanadnya (jalannya).


Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama' yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang yang menjadi rawinya atau yang memindahkannya.


2. Hadith Sahih


Hadith Sahih terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Hadith Sahih Lizaatihi

2. Hadith Sahih Lighairihi



1. Hadith Sahih Li Zaatihi:


Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.


Dari sudut istilah:


Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.


2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:


Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenarandan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.


Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.


:: Hukum Hadith Sahih ::


1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.


2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah.


3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya,sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.


4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.


5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).


6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.


3. Hadith Hasan


Hadith Hasan terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Hasan Li Zaatihi

2. Hasan Li Ghairihi


1. Hasan Li Zaatihi


Sifat Musyabbahat drpd kalimah husnu yg bermaksud cantik dan elok.


Dari sudut istilah:

Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan seseorang yg adil, yg berkurangan kekuatan pada hafalannya tanpa terdapat Keganjilan dan tidak ada Kecacatan. Maka perawi pada setiap kedua-dua jenis Hadis tersebut (Sahih dan Hasan) adil tetapi kekuatan hafalan pada taraf Hasan berkurangan berbanding dgn taraf Sahih dan tidak sempurna sepertinya. Ianya dinamakan dgn nama tersebut kerana memandangkan keelokan pada dalamannya, bukan kerana sesuatu pada luarannya dan apabila digunakan lafaz Hasan, maka ianya bersifat Hasan Li Zaatihi.


2. Hasan Li Ghairihi


Apabila sesebuah Hadis pada zatnya adalah dhaif, tetapi kedhaifannya boleh diterima utk dinaikkan taraf melalui cara yg lain kpd taraf Hasan, Hasannya bukan Li Zaatihi tetapi ianya adalah Li Ghairihi iaitu dhaif yg boleh diterima kesahihannya, maka ianya menjadi Hasan Li Ghairihi.


a- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya tidak dikenali atau tidak masyhur, tidak pelupa tetapi terdapat banyak kesalahan.


b- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya yg lemah hafalannya atau tersalah dan bercampur perkara tersebut di antara kebenaran dan amanah.


c- Dhaif disebabkan sanadnya tidak bersambung, samada ianya Mungqati' atau Mursal.


d- Dhaif disebabkan adanya Mudlis yg meriwayatkan dgn bersambung-sambung sedangkan tiada padanya seseorang yg mengambil berat terhadap pembohongan. Keempat-empat jenis ini boleh diterima kesahihannya dan boleh dianggkat kepada taraf Hasan melalui dua syarat:


1- Tidak terdapat syuzuz iaitu keganjilan pada Hadis.


2- Riwayatnya adalah dengan satu cara yg lain atau lebih drpd satu cara.


Contohnya: Hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi, dikira Hasan melalui riwayat Syukbah drpd Aasim bin Ubaidullah drpd Abdullah bin Aamir bin Rabii'ah drpd ayahnya bahawa seorang wanita drpd Bani Fazarah berkahwin dgn maskahwinnya sepasang kasut. Maka Rasulullah [s.a.w] bersabda: (Apakah engkau redha terhadap diri dan harta kamu dgn sepasang kasut?) Wanita tersebut menjawab: Ya. Maka baginda membenarkannya. Tirmizi berkata: Di dlm bab yg terdapat riwayat drpd Amru, Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Hadrad. Maka Asim dikira perawi daif kerana buruk hafalannya tetapi Tarmizi meletaknya pada taraf Hasan kerana ianya dibawa dlm satu bentuk sahaja, tidak ada dalam bentuk lain.



:: Pengertian yang dibuat oleh Tirmizi terhadap Hadith Hasan ::


Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah membahagikan Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh Ibnu Taimiyah di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian di dlm bab kecacatan-kecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana katanya: (Setiap Hadis yg diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada isnadnya perawi yg dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg seumpamanya, maka pada pendapat kami ianya adalah Hadis Hasan).



4. Hadith Dhaif


Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi) dan maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi.


Dari sudut istilah:


Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan.


Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:


a - Hilang syarat sanad yg bersambung.

Ianya dapat dibahagikan kpd lima bahagian iaitu:

1-Muallak

2-Munqati'

3-Muaddhal

4-Mursal

5-Mudlis


b - Hilang syarat adil.

Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu:

1-Maudu'

2-Matruk

3-Mungkar

4-Matruh

5-Mudha'af

6-Mubham


c - Hilang syarat kuat hafalan.

Ianya terbahagi kpd:

1- Mudraj

2-Maqlub

3- Muddtarib

4-Musahhif dan Muharrif


d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan).

Ianya dapat dibahagikan kpd satu bahagian sahaja iaitu syaz.


e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan).

Ianya hanyalah satu bahagian sahaja iaitu Muallil.



:: Hukum meriwayat dan Beramal dengannya ::


Hadis2 Dhaif yg tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.


Ibnu Taimiyah menyebut di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa: (Apabila diketahui ianya adalah batal dan Hadis yg diada-adakan, tidak harus cenderung kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah, tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada pembohongannya.


Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib (Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan), maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya tidak mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah.


Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut kelebihan-kelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn amalan yg soleh seperti membaca Al-Qur'an dan berzikir). Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu tertentu dgn bacaan tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak).


Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dgn berkata: Maka keputusannya dlm bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dlm keadaan targhib dan tarhib, bukan dlm bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib, iaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).


Kesimpulan drpd kata-kata Ibnu Taimiyah yg lepas, iaitu syarat-syarat yg wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yg tidak tetap pembohongannya serta tidak ditegaskan kebenarannya.


Syarat-syarat tersebut ialah:


1- Hendaklah terkandung dlm asas amalan seperti membaca Al-Qur'an dan doa.


2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd perkara-perkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan seumpamanya.

3- Ianya bukan perkara batil yg dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan ianya perkara yg dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah dengannya dlm semua perkara.



5. Hadith Maudhu'


Pengertiannya pada bahasa:

Kalimah maudhu' iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana tergugur kedudukannya.


Dari sudut istilah:

Berita yg dibuat-buat terhadap Rasulullah [s.a.w] sebagai pembohongan terhadap baginda.



:: Kedudukannya ::


Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama menjadikannya satu bahagian yg berasingan, tidak tergolong drpd Hadis2 Dhaif dan tidak digunakan padanya dgn lafaz Hadis melainkan dari sudut org yg memaudhukkannya.



:: Hukum meriwayatkannya ::


Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan disandarkan kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan tentang Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda: (Sesiapa yg membuat pembohongan terhadapku dgn sengaja maka disediakan tempatnya di dlm Neraka).


Sabda Baginda lagi: (Sesiapa yg memperkatakan sesuatu tentang aku dgn percakapan yg diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang pembohong).



:: Tanda2 Hadis Maudhuk ::


Para ulama telah menggariskan kaedah2 utk mengenali Hadis2 Maudhuk. Di antara kaedah2 tersebut ialah:


1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis2 Kelebihan Surah.


2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya, meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250 Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.


3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat kelemahan pada lafaz dan tergugur makna.


4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.


5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi) dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir (Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).


6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm peperangan Khandak. Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.


7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya: (Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?


8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya.


0 comments:

Post a Comment

:: Laman Utama ::

::Detik Waktu::

:: Hiwar ::


ShoutMix chat widget
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda;" Melihatlah kepada orang yang lebihrendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim -
Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya;"Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraanseseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim -
 Berita Harian
 Utusan Online
 Harian Metro
 Harakah Daily
 Malaysia Kini
Al-Jazeera
 New Straits Times Online
 The Star Online

Followers