Mutiara Hadith..

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.."


INFO ASAS TENTANG HADIS



1) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘HADIS’?


Hadis ialah setiap kata-kata, perbuatan, pengakuan dan sifat yang datangnya daripada diri Nabi kita Muhammad s.a.w.



2) Apakah yang dimaksudkan dengan ’ SUNNAH’?


Para ulama sentiasa menggunakan perkataan ’Sunnah’ dengan maksud yang sama seperti perkataan ’hadis’. Maka dikatakan ’Al-Quran dan Hadis’ atau ’ al-Quran dan Sunah’.



3) Apakah kedudukan hadis dalam Islam?


Hadis merupakan sumber kedua dalam Islam selepas al-Quran. Ia dijadikan rujukan oleh umat Islam sepanjang zaman.



4) Adakah memadai dengan menggunakan al-Quran tanpa hadis?


Adalah tidak memadai jika hanya menggunakan al-Quran tanpa hadis kerana hadis merupakan huraian kepada maksud al-Quran. Seluruh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. (hadis) merupakan cara perlaksanaan atau praktikal terhadap ajaran al-Quran. Malah al-Quran memerintahkan kita untuk mentaati Nabi Muhammad s.a.w.



5) Apakah buku-buku utama yang menghimpunkan hadis?


Di antara buku-buku utama yang menghimpunkan hadis ialah:
Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad, Muwatto’ Malik, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaai, Sunan al-Tirmidzi dan banyak lagi.



6) Apakah yang dimaksudkan dengan ’matan hadis’?


Matan ialah teks hadis dan ia merupakan penghujung rantaian hadis atau sanad. Jika kita membaca nama-nama periwayat bermula daripada Imam al-Bukhari (pengumpul hadis), ia akan berakhir dengan nama seorang sahabat Nabi dan selepas beliau, kita akan membaca teks atau matan hadis.



7) Apakah yang dimaksudkan ’sanad hadis’?


Sanad ialah rantaian periwayat (rawi) yang meriwayatkan hadis. Rantaian itu dimulai dengan sahabat nabi yang merupakan orang pertama menerima hadis itu daripada Baginda. Dia menyampaikan kepada seorang yang lain, dan begitulah seterusnya dia pula menyampaikan kepada orang yang berikutnya sepanjang zaman. Keseluruhan rantaian periwayat ini dinamakan sanad hadis.

0 comments:

Post a Comment

:: Laman Utama ::

::Detik Waktu::

:: Hiwar ::


ShoutMix chat widget
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda;" Melihatlah kepada orang yang lebihrendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim -
Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya;"Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraanseseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim -
 Berita Harian
 Utusan Online
 Harian Metro
 Harakah Daily
 Malaysia Kini
Al-Jazeera
 New Straits Times Online
 The Star Online

Followers