Mutiara Hadith..

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.."

Hadith Kelima


عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ) . رواه البخاري)


“Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.” [Hadith riwayat Bukhari & Muslim]


:: Pokok Perbincangan Hadis ::


Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :


a) Dalam Ibadat :


Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)


Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutuppintu taubatnya.


Menongkok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empatempat) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).


b) Dalam Muamalat :


i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :


--> Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).


-->‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).


ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa izinnya).


:: Pengajaran Hadith ::


lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.


Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.


Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

0 comments:

Post a Comment

:: Laman Utama ::

::Detik Waktu::

:: Hiwar ::


ShoutMix chat widget
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda;" Melihatlah kepada orang yang lebihrendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim -
Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya;"Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraanseseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim -

Followers